Kacau oleh Ariff Adly || Author Q&A

“Lagi sorang?”

“budak Twitter?”

Siapa yang tak tahu tu mesti macam pelik kan? Apa dia merepek ni? Baik, aku jelaskan. Hari tu ada reader tak kenal penulis yang aku interview ni, so aku interview lah dia supaya korang kenal dengan lebih lanjut, supaya lepas ni orang tak panggil penulis ni dengan gelaran “lagi sorang” or “budak twitter” haha.

Jokes aside, aku sebenarnya dah lama interview Ariff Adly, tapi atas sebab-sebab tertentu, delayed sikit la. So, gurau pun dah (walau macam krik-krik sikit), intro pun dah, jom lah kita kenali Ariff Adly dan buku beliau, Kacau yang diterbitkan pada tahun 2014. Kepada sesiapa yang tertanya-tanya bila Ariff Adly nak keluar karya baharu, korang kena baca sampai habis interview ni untuk tahu jawapannya.

Q: Soalan paling cliché, bila saudara Ariff mengambil keputusan untuk menjadi seorang penulis?

A: Keputusan untuk jadi seorang penulis diambil setelah saya baca beberapa buah buku Fixi yang dibeli ketika berada di Airport Senai. My first impression was: “Wow takde sensor langsung, this is cool”. Dan saya tertarik dengan gaya bahasa yang tidak perlu terlalu baku terutama sekali pada bahagian dialog, kerana pada saya penggunaan bahasa pasar untuk dialog menjadikan karekter di dalamnya lebih hidup dan terasa dekat. Minat untuk menulis terus lahir kerana kebebasan dalam penulisan yang ditawarkan oleh Fixi.

Q: Bagaimana idea untuk cerita Kacau ini terhasil?

A: Hm pada ketika Kacau ditulis, saya memang seorang die-hard-fans untuk cerita bergenre horror. Dan mungkin juga seorang adrenaline junkie. I was 20-ish, dan selalu juga terlibat dengan aktiviti tidak berfaedah seperti ghost hunting bersama housemate. Jadi ‘berangan sesuatu yang bukan-bukan’ merupakan salah satu kebolehan yang saya ada; selain daripada membuang masa dan tenaga untuk perkara sia-sia. Pada masa yang sama, saya juga suka dengan konsep kematian seorang demi seorang seperti franchise filem Final Destination dan Wrong Turn.

Kebanyakan scene yang ada di dalam Kacau (dari segi gaya bahasa watak bercakap, perangai, pengalaman) diinspirasikan dari pengalaman sendiri dan kawan-kawan di tempat belajar. Dan semestinya apa yang ada di dalam Kacau merupakan versi exaggerated dari pengalaman sebenar. Tidak ada sesiapa yang mati dalam dunia sebenar.

Trivia: Enam bab awal Kacau, saya tiada idea langsung ke mana kisah mereka akan pergi. Saya hanya cuba untuk menulis 1 bab sehari, dan pergerakan cerita adalah secara spontan, hinggalah tiba pada babak kepergian Ajim, dan pada ketika itu barulah saya ambil kertas dan pen untuk menyusun kronologi dan plot.

Q: Berapa lamakah proses penghasilan buku Kacau, dari mula menulis sehingga pelancaran buku ini?

A: Percaya atau tidak, saya hanya mengambil masa lebih kurang 1 bulan untuk menyiapkan draf pertama. Mungkin kerana ini adalah cubaan pertama, jadi saya teruja dan motivasi untuk menulis pada ketika itu lebih tinggi daripada motivasi saya untuk belajar.

Seperti yang saya beritahu di soalan terdahulu; saya cuba untuk menulis 1 bab sehari. Kacau mempunyai 28 bab, dan pada ketika saya menulis Kacau, saya sedang cuti semester selama sebulan. Jadi memang saya manfaatkan waktu sebulan cuti untuk menulis. Selama sebulan juga saya duduk di hadapan laptop pada ketika saya celik hinggalah sebelum saya tidur. Sedangkan ketika mengerjakan assignment pun saya tidak pernah segigih ini ya.

Setelah selesai draf pertama, saya ambil masa sekitar 2 bulan untuk diberi pada beberapa orang yang sudi untuk menjadi beta-reader, dan dalam tempoh dua bulan itu juga saya gigih edit semula apa yang patut sehinggalah versi yang ada sekarang. Saya jamin jika saudari membaca versi asal, pastinya saudari akan memaki hamun saya kerana saya sendiri tidak sanggup untuk membacanya semula.

Setelah selesai dan berpuas hati, barulah saya emelkan manuskrip penuh pada Fixi. Dan Fixi seperti biasa, balasan tweet atau emel mereka pada stranger sangatlah minimal dan mampu menimbulkan sakit hati (Oops, sori Amir). Hampir setahun juga tidak mendengar khabar berita, jadi saya teruskan hidup seperti biasa, hinggalah pada satu hari saya mendapat mesej daripada Amir mengenai manuskrip Kacau yang diterima dan Fixi berminat untuk menerbitkannya.

Jadi, ringkasnya ia mengambil masa 1 bulan + 2 bulan + 1 tahun sebelum Kacau diterbitkan.

Trivia: Keputusan panel bagi proposal Kacau (2 bab pertama + sinopsis) adalah 50-50. Ini bermakna, separuh juri setuju ia untuk dibukukan, dan separuh lagi tidak bersetuju. Namun disebabkan Amir kata mereka masih berminat untuk membaca manuskrip penuh, saya teruskan juga menulis walaupun motivasi pada ketika itu agak merundum. Dan pada ketika itu, saya tidaklah begitu berharap supaya ia diterbitkan, ia lebih kepada self-achievement jika ia dapat disiapkan. Jika tidak diterbitkan pun, saya bercadang untuk kongsikannya pada kawan-kawan secara percuma sebagai sumber hiburan.

Q: Mengapakah saudara memilih tajuk ‘Kacau’?

A: Tajuk asalnya adalah Seru, namun bos Fixi rasa tajuk Ganggu adalah lebih sesuai. Sebagai seorang yang pelik, saya tidak begitu suka dengan huruf G, jadi saya cadangkan sesuatu yang lain, iaitu Kacau. Kerana selain daripada bersesuaian dengan babak kacau-mengacau yang di alami Jimie dan kawan-kawan, ia jugak perkataan yang tepat untuk merujuk pada situasi mereka yang kacau-bilau. Dan bos bersetuju.

Q: Apakah faktor yang membuatkan saudara mengambil keputusan untuk menerbitkan buku di bawah penerbitan Fixi?

A: Saya rasa saya sudah menjawab soalan ini pada soalan yang pertama, berkait dengan kebebasan menulis yang ditawarkan Fixi. Selain itu, saya juga membuat carian tentang sejarah Buku Fixi, tentang bagaimana mereka bermula, namun yang lebih membuatkan saya berminat untuk memilih Fixi adalah apabila terbaca cerita mereka yang seolah-olah di anak tiri kan oleh kedai buku Pop (bukan jenama sebenar) kerana kononnya buku Fixi bukan bahan bacaan yang baik di mata mereka (Ok, boomer). Dan itu membuatkan saya rasa lebih tertarik dengan Fixi. Boleh baca cerita penuh di blog Buku Fixi (2 entry terawal): https://fixi.com.my/blog

Q: Apakah mesej atau tema utama yang hendak disampaikan oleh saudara kepada pembaca melalui cerita Kacau?

A: Ah, sebenarnya saya bukanlah penulis yang suka menyelitkan nilai-nilai murni dalam cerita yang saya tulis. Saya menulis sekadar untuk berkongsi imaginasi atau cerita kepada pembaca dan berharap mereka terhibur. Namun begitu, antara tema utama yang cuba saya highlight dalam novel Kacau (selain horror) adalah nilai persahabatan; bagaimana mereka cuba sehabis baik untuk menjaga dan ada untuk satu sama lain, ha gittew.

Q: Apakah antara kesukaran yang dialami semasa menulis buku Kacau?

A: Antara kesukaran yang saya alami adalah bagaimana hendak menerbitkan rasa ‘what’s next?’ dalam kalangan pembaca pada setiap pengakhiran bab.

Selain itu, sebagai seorang yang baru saja berjinak-jinak dengan dunia penulisan, agak sukar bagi saya untuk cuba mengekalkan graf penceritaan, saya tidak mahu pada awal cerita saja ia nampak seperti menarik, dan mulai hambar ketika di pertengahan hingga ke hujung.

Selain itu, adalah sedikit sukar untuk menulis narasi dalam bentuk first person POV. Pada saya first person POV agak terbatas kerana kita cuba menyampaikan apa yang watak-watak fikirkan, dan ianya harus berdasarkan apa yang mereka tahu sahaja. Saya tak boleh gambarkan babak seperti:

“…tanpa aku sedar, ada seekor lembaga bertangan panjang dan berkulit pucat sedang memerhatikan aku dari pokok rambutan di belakang aku.”

Because there’s no way the character would’ve known melainkan dia psikik atau ada mata di belakang kepala.

Apapun, pengalaman menulis Kacau agak berbeza jika hendak dibandingkan dengan novel lain yang pernah saya tulis. Kacau adalah antara manuskrip yang dapat saya tulis dengan cepat kerana kehidupan watak yang digambarkan agak dekat dan relatable dengan kehidupan saya sendiri sebagai pelajar pada ketika itu. Watak Jimie dan Alwanie juga adalah berdasarkan kawan saya sendiri. Dan jangan risau, kerana mereka berdua masih hidup aman dan damai pada ketika jawapan ini ditulis… rasanya.

Q: Nyatakan tiga perkataan untuk describe buku Kacau.

A: Tragic. Hopeless. Chaos.

Q: Akhir sekali, apakah perancangan saudara dalam bidang penulisan pada masa akan datang?

A: Ah, soalan ini yang paling saya takut untuk jawab. Walaupun memang ada manuskrip yang sedang ditulis, namun saya tidak dapat memberikan jawapan yang pasti bila ianya dapat disiapkan kerana masih sibuk dengan kerja dan hal duniawi yang lain. Apapun, saya akan cuba untuk siapkan manuskrip penuh dalam tahun ini (2020). Dan itu saja perancangan saya dalam bidang penulisan setakat ini.

Sempoi jawapan Ariff Adly, lengkap dengan trivia. Terima kasih kerana sudi ditemu bual! Aku harap korang dah dapat tahu serba sedikit mengenai penulis FIXI ini. Harap korang stay tune lagi kat blog aku ni, sebab in future, akan ada interview penulis tempatan yang lain, dan mungkin under penerbitan lain. Ciao~

About The Author

Hidup sebagai seorang programmer sejak 2017. Seorang phlegmatic, masih struggle dalam mengasingkan taugeh dari megi goreng mamak. Suka berangan hidup di dunia yang berdepan dengan situasi apokalips zombi. Masih merangkak dalam bidang penulisan dan sedikit obses dengan bau petrol, dan whiteboard marker, dan asap mercun.

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s