Sumpah oleh Shaz Johar BlogTwit Tour

Heluuuuu, I’m very much excited for this very first local Malay book blog tour that I’m participating and I’m pretty sure it’s the first blog tour for Fixi title but I could be wrong. BlogTwit Tour ini dibawakan oleh (iklan jap) Untitled Book Club dan team Buku Fixi. Saya berterima kasih kepada pihak Untitled atas pengelolaan Blog Tour ini dan pihak Buku Fixi kerana sudi memberikan buku Sumpah in exchange for an honest review. However, I’ll only be reviewing in Malay language this time around. If you could understand Malay language, please do read this post!

Sumpah

Author: Shaz Johar

Publisher: Buku Fixi

Released: June 25th, 2020

Genre: Fiction

Pages: 292

Format: Paperback

Characters: Lela Palatute, Pak Hadir, Paloma (ibu Lela), …

Kerana desakan hidup, Lela Palatute yang baru berusia 12 tahun telah dikahwinkan dengan seorang lelaki yang jauh lebih tua oleh ibunya sendiri. Dia kemudian terpaksa menjalani kehidupan sebagai seorang isteri dalam sebuah banglo mewah yang diwarisi suaminya, jauh dari kehidupan lamanya sebagai remaja yang masih bersekolah.

Semasa menerokai banglo itu dan kawasan sekitarnya, dia telah bertemu seorang wanita tua yang mahu membunuhnya serta makhluk misteri di dalam loteng yang sering mengikutnya ke mana-mana. Enggan terus hidup diselubungi misteri, Lela merancang cara untuk kembali kepada kehidupan asalnya dan keluar daripada malapetaka yang sedang berlaku. 

Source: Goodreads

Bahasa Melayu (Malay)

Bila kau baca sinopsis buku ni, apa kau rasa? Idk about you, tapi aku terkejut juga lah, pada masa yang sama aku tertarik dengan kisah Lela Palatute ni. Child marriage ialah benda pertama yang terlintas kat kepala aku so aku tertanya-tanya bagaimana Shaz Johar nak sampaikan mesej pasal child marriage kepada pembaca beliau.

Pada permulaan cerita, aku dah rasa geli dengan Pak Hadir, seorang lelaki tua yang tak sedar diri syok kat budak perempuan berumur 12 tahun, like WHUT?! Satu je aku mampu konklusikan dari watak Pak Hadir, penulis berjaya menghasilkan watak antagonis yang function teruks, lengkap dengan motif, latar belakang dan personality. Watak Pak Hadir memang untuk dibenci dan merupakan salah satu punca child marriage boleh berlaku di Malaysia.

Lela pula watak utama dalam buku Sumpah, seorang budak berumur 12 tahun yang dikahwinkan atas alasan keadaan keluarga yang daif. Cerita ini diceritakan dari first person point of view (POV). Melalui perspektif Lela, kita dapat lihat bagaimana perasaan seorang budak apabila dikahwinkan pada usia yang muda. Naif, tidak tahu apa-apa, tidak mengenal cinta, apa itu seks, apa itu tanggungjawab. Melalui progress plot dalam buku Sumpah, kita dapat teliti bagaimana Lela mengalami character development, atau perkembangan perwatakan, dari seorang budak yang innocent kepada seorang budak yang berfikiran matang dan berani membuat keputusan sendiri tanpa supervision orang dewasa. Perubahan yang dialami Lela bagi aku adalah suatu perkara yang menarik.

Selain itu (dah macam karangan SPM dah), bila Lela mula berhalusinasi, kadang aku pun terikut tidak dapat beza apa yang benar dan apa yang palsu. Penulis seolah-olah telah mewujudkan this thin line antara realiti dan magical world, ala-ala magical realism mungkin. Bagi aku, kewujudan kucing yang boleh bercakap umpama cerita dongeng di samping unsur ilmu hitam, saka, hantu raya dan sebagainya, menjadikan buku ini lebih dinamik.

Bila mention Buku Fixi, tak sah kalau takde plot twist. Namun, bagi aku, buku Sumpah mempunyai plot progression yang steady, takde statement plot twist yang “WOW, this is it!” Flow cerita memang tak dijangka and smooth je twist dia. Sebab tu aku suka buku ni, bukan setakat penceritaan dia lain daripada yang lain, Shaz Johar juga mempunyai standard gaya penulisan tersendiri, tidak terlalu santai bahasanya namun masih dapat engage pembaca dengan baik.

Another thing yang aku minat pasal buku Sumpah, mestilah mesej-mesej yang diutarakan oleh penulis (secara langsung dan tidak langsung). Selain daripada child marriage, terdapat juga mesej seperti rape, mental disorder, pedophile, ilmu hitam, women’s role atau women’s status in marriage (contohnya, isteri kena layan suami dan lahirkan zuriat untuk happykan suami dan sebagainya sehinggakan melakukan seks tanpa rela).

Pada pendapat aku, Sumpah is a very well executed book, dari pelbagai aspek, especially penulisan dan penyampaian mesej dan isu yang prominent. Aku memang rekomen buku ni sangat-sangat, one of the best book I read this year. Sumpah best! Aku harap Shaz Johar teruskan menulis especially on isu-isu sensitif dan penting untuk dibahaskan, macam child marriage dalam buku Sumpah.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s